TUGASAN 3: PENGHASILAN PRODUK
- 1. Blog (Individu)
Secara individu, pelajar dikehendaki menghasilkan satu blog yang
berkaitan dengan salah satu daripada bidang berikut; sosial, sejarah,
keusahawanan pendidikan atau teknologi. Kandungan maklumat yang berinformasi
berkaitan bidang yang dipilih dan grafik yang sesuai perlu dimasukkan dengan
menggunakan kemahiran TMK melalui aplikasi perisian computer bagi menjadikan
blog itu menarik.
SIBERBULI ( CYBER BULLYING)
TAKRIF SIBERBULI
Menurut Wikipedia, siberbuli melibatkan
kegunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk menyokong tingkah laku sikap
sengaja bermusuh oleh seorang individu atau kumpulan, yang berniat untuk
mengugut orang lain.
TINJAUAN PENDAPAT DAN STATISTIK
Pada September 2006, ABC News melaporkan pada suatu tinjauan
pendapat disediakan oleh I-Safe.Org.
Tinjauan pendapat 2004 ini dari 1,500 pelajar di antara darjah 4-8 dilaporkan:
- 42% dari
kanak-kanak telah dibuli sementara online. Satu dari empat berlaku pada
mereka lebih daripada sekali.
- 35% dari
kanak-kanak telah diancam sementara online. Hampir satu dalam lima telah berlaku
pada mereka lebih daripada sekali.
- 21% dari
kanak-kanak telah menerima email atau mesej lain yang menghina atau
mengancam.
- 58% dari
kanak-kanak mengaku seorang telah mengata perkara menghina atau
menyakitkan hati kepada mereka semasa online. Lebih daripada empat dari
sepuluh mengata ia telah berlaku pada mereka lebih dari sekali.
- 58% belum
memberitahu ibu bapa mereka atau seorang dewasa mengenai sesuatu yang
menghina atau mengancam yang berlaku pada mereka semasa online.
Suatu tinjau pendapat 2006 oleh Harris
Interactive[9] melaporkan:
- 43% dari remaja
belasan tahun A.S. telah mengalami sesetengah bentuk siber-buli pada tahun
yang lalu.
Miripnya, suatu kajian Kanada mendapati:
- 23% dari
pelajar sekolah tengah telah dibuli oleh e-mail
- 35% dalam bilik
bual
- 41% oleh mesej
teks pada telefon bimbit mereka
- 41% yang
sepenuhnya tidak mengenali pengenalan pelaku.
KETAGIHAN melampau remaja masa kini
terhadap media sosial dilihat pendorong kepada pembentukan perilaku dan sikap
agresif, sehingga ada yang sanggup bertindak membunuh diri.
Tindakan sedemikian boleh terjadi ekoran
terlalu taksub, kecewa atau terpengaruh dengan kandungan di media sosial
sehingga diri gagal membuat pertimbangan wajar.
Contohnya dalam kes pernah dilaporkan
dalam akhbar Jun tahun lalu, seorang pelajar perempuan tingkatan empat di
sebuah sekolah di Johor cuba membunuh diri selepas tidak tahan menjadi mangsa
buli kenalan Facebooknya yang mahu menyebarkan gambar lucah beliau di media
sosial.
Satu lagi kes berlaku ke atas seorang
gadis di Crystal Lake, Florida, Rebecca Sedwick, 12, yang mengambil keputusan
membunuh diri selepas dibuli dua rakannya sejak setahun lalu.
Di Malaysia, sebanyak 389 kes buli siber
dilaporkan pengguna internet melalui Pusat Bantuan Cyber999 sepanjang tahun
lalu, meningkat 55.6 peratus berbanding 250 kes pada 2012.
Kajian dijalankan CyberSecurity Malaysia,
Kementerian Pendidikan dan DiGi Telecommunication Sdn Bhd pada 2013,
membabitkan 9,651 pelajar dari 459 sekolah rendah dan menengah di seluruh
negara mendapati 13 peratus daripada responden iaitu 1,255 pelajar mengaku
sedang menjadi mangsa buli siber manakala 26 peratus atau 2,509 mengaku pernah
menjadi mangsa buli siber.
Pakar psikologi dan kaunseling, Prof Dr
Mohamed Fadzil Che Din, menjelaskan situasi itu tidak pelik memandangkan remaja
kini gemar menjadikan gajet dan media sosial sebagai sumber rujukan.
Katanya, sumber rujukan ini tidak
semestinya kandungan yang positif, malah sebahagian besar menjadikan aplikasi
untuk mengakses perkara negatif dan tidak berfaedah.
"Kebiasaannya, 80 hingga 90 peratus
penggunaannya lebih bertumpu kepada aktiviti penerokaan bagi mendapatkan
maklumat baharu.
"Bagi individu, ada tiga punca yang
mempengaruhi perilaku seperti itu iaitu menyalahguna media sosial; ketagihan
melampau terhadap gajet serta manipulasi media sosial seperti cubaan menipu
atau memburukkan orang lain.
"Sementara bagi ibu bapa atau
penjaga pula, kurangnya kefahaman mengenai gajet dan dunia internet tanpa
batasan, selain leka akan risiko penggunaannya, sedikit sebanyak mendorong
kepada perubahan sikap anak-anak untuk bersikap lebih pasif," katanya.
Beliau berkata, sebahagian besar gajet
yang terdapat dan dijual di pasaran kini dari jenis Ipad, tablet dan telefon
pintar adalah bersifat sekunder dan tidak realistik.
BIAR ANDA FAHAM, HAKIKAT SIBER BULI.